Quote of the Day “Tanyalah orang yang bercakap itu, saya tidak tahu. Dia (Perdana Menteri) menjalankan tugas negara di China dan tidak berbangkit soal dia meletakkan jawatan. Itu rekaan sahajalah.” - Tan Sri Muhyiddin, Menteri Dalam NegeriApril 27, 2019
Quote of the Day “Supaya industri (seni tempatan) ini berjaya menjana pendapatan yang mampu membantu meningkatkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan secara tidak langsung para pemain industri ini mendapat pekerjaan di dalam negara sendiri.” - Hafiz Nafiah, Setiausaha Agung SenimanApril 27, 2019
Quote of the Day “Kita mesti berani berfikir di luar kotak. Saya tidak mahu Malaysia sekadar menjadi pilihan kedua atau ketiga (konsert artis antarabangsa). Saya mahu Malaysia menjadi pilihan nombor 1.” - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan SukanApril 27, 2019
Quote of the Day "...(masalah) yang paling besar (di Malaysia) sekarang ialah naikkan gaji, kalau gaji tidak naik, kos (sara hidup) akan selama-lamanya tinggi." - Tony Pua, Setiausaha Politik Menteri KewanganApril 21, 2019
Quote of the Day “Kita terlalu merisaukan dosa orang lain daripada dosa kita sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar. Doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam, yang lebih nampak di sini hanya sindiran dan perli memerli.” - Lisa Surihani, selebritiApril 21, 2019
Quote of the Day “Contoh Fit Malaysia, kalau ikutkan boleh nak jenamakan semula, tapi buat apa? Dulu dah belanjakan berjuta ringgit nak buat jenama, sekarang nak dijenamakan semula buat apa?...tapi kita pastikan ia ada sistem tadbir urus yang baik dan memberi impak yang besar.” - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan SukanApril 21, 2019
Quote of the Day “Satu nilai yang harus diketepikan ialah ego. Sesetengah orang berpendapat ego boleh menjadi sesuatu yang positif kerana ia akan menjadikan anda lebih kompetetif. Bagi saya, itu seharusnya lebih kepada azam. Ego adalah berkenaan diri sendiri, bukan mereka yang anda pimpin.” - Tun Dr Mahathir MohamadApril 16, 2019
Quote of the Day “Aku mewakili mereka yang punya bakat namun andai hadir dengan kurang pakej, usah lagi kita sentap, kita rajuk. Kita positif sahaja dan pegang pada nawaitu kita… dan seandainya di puncak kejayaan, jangan biarkan keangkuhan datang walau sedetik dalam hati.” - Azhan Rani, pelakonApril 16, 2019
Quote of the Day “Sesungguhnya Kerajaan Johor telah lama wujud dan mempunyai adat dan cara pemerintahan yang tersendiri. Tiada perlu ada pihak luar yang sibuk melompat-lompat tidak tentu arah bercerita tentang siapa yang berkuasa dan bagaimana untuk mentadbir Negeri Johor.” - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan IskandarApril 14, 2019
Quote of the Day "Apa guna pesawat pejuang ini? Untuk bunuh orang, begitu juga roket yang dipamerkan... untuk apa? Semua ini untuk bunuh orang?" - Tun Dr Mahathir MohamadApril 6, 2019