Malaysia Good News!

Info

DUNIA tidak kekurangan berita baik, tetapi media jarang mengendahkannya. Berita Buruk menguasai kencederungan laporan media, diikuti isu Wang dan Konflik.

Soalnya, masyarakat perlukan cerita optimistik, bukan hanya yang boleh menyebabkan depresi.

Ini kerana, membaca atau mengetahui berita buruk adalah suatu hal yang memenatkan kerana walaupun ia mungkin menjadikan manusia lebih mensyukuri kehidupan sedia ada, sebetulnya ia meletihkan minda dan mengganggu perasaan. Malaysia Good News diwujudkan sebagai sebuah portal berasaskan berita baik dan memberi inspirasi.

Peranan

Penting untuk menunjukkan sisi yang lagi satu kepada dunia supaya Malaysia, terutamanya dilihat tanpa prejudis . Portal ini, antara lain bagi mendidik masyarakat melihat dunia daripada sudut positif, selain dapat menggalak pencarian  berita positif sebagai respons kepada permasalahan sosial yang jarang dilaporkan di mediautama.

Misi & Visi

Pengisian berita baik dan memberi inspirasi perlu bagi mengembangkan idea yang akan memperbaiki dunia ini, bukan hanya mengkritiknya. Ia juga dapat mencipta ruang dalam mewujudkan pengharapan di kalangan masyarakat, menggunakan platform media sosial yang memberi inspirasi selain idea yang boleh diketengahkan.

Potensi

Dilihat berupaya mewujud dan menyebarkan positiviti secara galakan perkongsian berita baik yang merupakan kunci kebahagiaan dengan mendidik pembaca memperbanyak membaca posting positif untuk ikut merasa bahagia.

Editorial

Malaysia Good News yang dilancarkan pada 7 Januari 2019 adalah berdasarkan konsep yang dibangun dan dikendalikan Byline Media Venture yang diketuai Zurina Waji sebagai Ketua Editor, dibantu oleh Fauzi Hamid (Fotografi) dan Nizam Rejab (Rekaan & Suntingan) bagi pihak Yayasan Artmophosis yang berpangkalan di Kuala Lumpur.