Quote of the Day "Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya. Saya anak Melayu!" - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahOctober 9, 2019
Quote of the Day "Utusan Melayu akhirnya terkubur (pada tahun 2006) kerana orang Melayu generasi baharu tidak lagi tahu membaca dan menulis Jawi. Itulah antara kegagalan besar sistem pendidikan kita. Jadi sebab itulah saya tidak berapa berselera cakap kosong mengenai maruah Melayu atau tulisan khat. Macam kata P Ramlee, masuk angin keluar asap." - DATUK A KADIR JASINOctober 9, 2019
Quote of the Day “...mendesak pemimpin tanah Melayu secara khusus, dan orang Islam secara amnya, bersikap proaktif ketika menangani isu berkaitan Islam, bukan bersikap reaktif. Kerajaan hendaklah bertindak pertahankan Islam sebagai agama Negara dan jadikan cara hidup Islam. Janganlah menjadi pegar memakan padi, tikus baiki labu. Jika masih ada tikus yang cuba baiki labu, nyahkan tikus ini dari pentadbiran negara.” - AHMAD FADHLI SHAARI, Ahli Parlimen Pasir MasOctober 6, 2019
Quote of the Day “…nama saya tidak sehebat atau segah nama Almarhum Paduka Ayahanda saya. Saya memasyhurkan masjid (Temerloh) ini dengan nama Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan diharapkan rumah Allah ini akan menjadi kenangan abadi untuk memperingati pemerintahan dan jasa Almarhum.” - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahJune 2, 2019
Quote of the Day “Saya sentiasa mempercayai prinsip memakmurkan jiran anda dan apabila China makmur, ia juga akan memakmurkan Malaysia.” - Tun Dr Mahathir MohamadMay 28, 2019
Quote of the Day “Disebabkan pelbagai fitnah yang dilontarkan itu, saya berani tampil untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran. Tetapi (Lim) Kit Siang tidak berani, pengecut dan lari daripada berdebat meskipun dia yang tentukan tajuk.” - Datuk Seri Mohd Najib RazakMay 28, 2019
Quote of the Day “Islam menekankan untuk ktia bantu masyarakat dan tentu akan tahu masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan, kaum dan masyarakat yang wujud. Bagaimanapun, Islam tak pernah maksudnya untuk melawan, memusuhi, meremehkan atau memijak hak orang lain.” - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port DicksonMay 21, 2019
Quote of the Day “Beliau (Datuk Seri Najib Razak) adalah orang yang berada di belakang tentera siber dan propaganda yang bekerja siang dan malam untuk memecah dan menjatuhkan Kerajaan Harapan dengan politik mereka dan pembohongan dan penipuan di media sosial bagi menghasut kebencian, tidak toleransi dan ekstremisme.” - Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar PuteriMay 21, 2019
Quote of the Day “Terdapat ramai pemimpin dalam dunia tetapi saya tidak fikir saya lebih teruk daripada Trump. Saya tidak fikir saya lebih teruk daripada pemimpin British, pemimpin Perancis, pemimpin Sepanyol dan para pemimpin lain juga. Sebagai perbandingan, saya tidaklah teruk sangat. Boleh kamu beritahu saya pemimpin mana yang lebih baik daripada saya.” - Tun Dr Mahathir MohamadMay 9, 2019
Quote of the Day “Saya tidak kisah digelar ‘Mr 3 Meters’ kerana kuatkuasa larangan merokok di premis makanan. Panggillah dengan apa gelaran sekali pun. Yang penting bagi saya ialah saya mahu melindungi keselamatan rakyat yang terancam kerana asap rokok.” - Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri KesihatanMay 5, 2019