MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan sejumlah RM56 juta, tahun ini, bagi tujuan latihan dan pembangunan kompetensi tenaga kerjanya dalam usaha memastikan tahap profesionalisme mereka, terutama golongan pendidik sentiasa berada di tahap terbaik.
KERAJAAN beri jaminan untuk mencari penyelesaian berhubung isu cuti paterniti bagi pekerja swasta, termasuk mengadakan perbincangan dengan majikan, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Serendah RM13.10 sebulan, tiada alasan untuk pemandu teksi dan e-hailing gagal mencarum di bawah Perkeso
PEMANDU teksi dan perkhidmatan e-hailing digesa merebut peluang mendaftar dan mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) susulan kelonggaran bagi kadar caruman yang ditetapkan adalah serendah RM13.10 sebulan.
GAJI pekerja boleh dipertingkatkan sehingga 20 peratus sekiranya mereka diberi peluang untuk menjalani latihan di institusi-institusi PendidikanTeknikal dan Latihan Vokasional (TVET), kata Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.
Hantar rakyat Malaysia bekerja di Jepun, seiring Dasar Pandang ke Timur, bakal manfaatkan negara
RAKYAT Malaysia yang didedahkan dengan pengalaman bekerja di negara seperti Jepun yang mempunyai standard dan etika tertinggi akan memanfaatkan negara, seiring Dasar Pandang ke Timur yang diaktifkan semula, baru-baru ini.
PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi pengambilan anggota bomba wanita perlu dikaji semula untuk menggalak lebih banyak penyertaan oleh golongan itu, menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.