Oleh Malaysia Good News

KUALA LUMPUR: nova 5T mencetuskan keasyikan, tampil dinamik dalam rekaan yang menggabungkan gaya dengan inovasi, saat diperkenalkan di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019, di Pavillion, di sini, baru-baru ini.

Seramai kira-kira 300 tetamu, dari kalangan pemain industri fesyen termasuk pereka fesyen terkena lseperti Melinda Looi, turut hadir memeriahkan acara yang memperlihatkan model terbaru siri nova keluaran Huawei itu kepada umum.

Ia adalah kemunculan julung kali pertama nova 5T di dunia, di mana Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi unggul bagi acara pra-pengenalan telefon pintar itu sebelum diperkenalkan secara rasminya dalam satu acara gilang gemilang di Kuala Lumpur Plenary Hall, di sini, kelmarin.

Digelar #WeAreNova Fashion Showcase, model terbaru siri nova itu dengan rekaan bergaya yang didatangkan dalam warna-warna vibran menambah keterujaan pertunjukkan fesyen yang membabitkan peragaan lebih 70 rekaan eksklusif oleh tiga pereka fesyen muda.

Pakaian serta koleksi aksesori, daripada baju T ke hoodie, jaket dan dres mini yang diperagakan merupakan hasil karya kreatif anak tempatan yang menyahut cabaran pada pertandingan rekaan fesyen #WeAreNova, sebelum ini.

Seramai lima pereka fesyen dinobatkan sebagai Top 5 nova paling digemari selepas menarik perhatian panel juri KLFW setelah mereka didapati berjaya menggabungkan teknologi dan gaya di dalam rekaan masing-masing.

Direka khusus bagi pertunjukkan nova Huawei, acara peragaan fesyen itu juga memperlihatkan model terbaru Huawei FreeLace Bluetooth Earphone, Huawei Watch GT, Huawei Watch GT Elegant dan Huawei Mediapad M5 Lite Tablet.

Pada acara sama, logo terbaru nova juga diperkenalkan yang memperlihatkan empat elemen n-o-v-a digabungkan di dalam satu lakaran monogram yang menghasilkan rekaan menarik, mewakili generasi muda sambil meraikan kebahagiaan dan kebebasan. nova 5T akan mula dijual bermula 7 September ini pada harga RM1,599 seunit.