Oleh Malaysia Good News

S Suresh. Gambar: peraktoday.com.my

Atlet para mencipta sejarah lagi, kali ini menerusi S Suresh selepas memenangi emas pertama negara dalam acara memanah para dunia.

Suresh, 25, meraih pingat emas itu pada Kejohanan Memanah Para Dunia dalam kategori lelaki di Hertogenbosch, Belanda, baru ini.

Anak kelahiran Kedah itu menewaskan juara 2015, Eric Bennet daripada Amerika Syarikat.

Kemenangan itu meletak Suresh dalam kedudukan 16 terbaik dunia, sekaligus melayakkannya ke Paralimpik Tokyo 2020.

Pada Paralimpik London 2012, Malaysia meraih pingat perak menerusi Hasihin Nawawi.