Oleh Malaysia Good News | Gambar fb @AdlyZahariOfficial

SEMUA 5,300 penjawat awam di peringkat Kerajaan Negeri Melaka bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilftri ini, kata Ketua Menterinya, Adly Zahari.

Keputusan itu menurutnya, diputuskan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri di Ayer Keroh, semalam.

“Kita memang telah memaklumkan bahawa semua 5,300 kakitangan awam di peringkat Kerajaan Negeri diberikan bonus RM1,000,” katanya, memetik laporan media pada majlis program Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kata Adly, sehubungan itu sejumlah RM5.3 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembayaran bonus berkenaan.

Bayaran RM1,000 itu, jelasnya akan dilunaskan bersama gaji bulanan penjawat awam, iaitu pada 25 Mei ini.

“Langkah itu bagi membolehkan golongan berkenaan membuat persiapan awal untuk menyambut Aidilfitri, sekaligus meringankan beban mereka,” tambahnya.