Oleh Malaysia Good News | Gambar fb @ChowKonYeow

SERAMAI 3,905 penjawat awam di Pulau Pinang menerima perkhabaran baik apabila kerajaan negeri, hari ini, mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri ini.

Pengumuman dibuat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, membabitkan peruntukkan berjumlah RM5.27 juta.

Bantuan khas itu, menurutnya diberi sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dengan kos sara hidup yang dihadapi penjawat awam, apatah lagi dengan kehadiran sambutan Hari Raya yang bakal menjelang, bulan depan.

“Bantuan yang diberikan ini melibatkan peruntukkan berjumlah RM5.27 juta sebagai pemberian BKK kepada 3,905 penjawat awam di negeri ini,” katanya, memetik kenyataannya kepada media.

Chow berkata, sehubungan itu semua penjawat awam diseru supaya terus memberikan kerjasama dan komitmen bagi melancarkan pelbagai inisiatif yang telah digariskan Kerajaan Negeri menuju Visi 2030 Pulau Pinang.