Oleh Malaysia Good News

Gambar : unsplash

MALAYSIA Baharu menyaksikan sebanyak 270,000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan dalam tempoh hanya kira-kira lapan bulan semenjak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pemerintahan, melebihi jumlah yang disasarkan.

Pencapaian itu, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, melebihi sasaran awal kerajaan yang menganggarkan hanya dapat mewujudkan sekitar 240,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh setahun.

Pencapaian itu, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, melebihi sasaran awal kerajaan yang menganggarkan hanya dapat mewujudkan sekitar 240,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh setahun.

Katanya, jumlah itu adalah berdasarkan  data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Gambar : @MahfuzOmarDMO

“Sasaran itu dicapai bagi tempoh Julai 2018 sehingga Februari 2019,” katanya dalam jawapan lisannya terhadap soalan yang dikemukakan Senator Sabani Mat di Dewan Negara mengenai usaha bagi merealisasikan manifesto PH dalam mewujudkan satu juta peluang pekerjaan.

Cabaran kerajaan, kata Mahfuz bukan sahaja bagi dalam usaha mencapai jumlah yang disasarkan, tetapi juga mewujudkan pekerjaan bermutu dan berkemahiran yang boleh menawarkan gaji lebih tinggi.

“Ini yang harus kita lihat, kalau tidak nanti peluang pekerjaan itu akan diisi oleh rakyat asing.

“Sebab itu, kerajaan sentiasa membuat galakan ke arah penghasilan pekerjaan bernilai tinggi atau pekerja-pekerja berpengetahuan yang bertepatan dengan kelayan kemahiran,” tambahnya.