Oleh Malaysia Good News

JENAMA kecantikan Meeracle terus menguasai industri penjagaan kulit dan kosmetik, bukan saja dengan produk bermutu malah kerana turut memperkasa taraf hidup wanita melalui kempen galakan penjualan buat wakil jualan atau stokisnya.

Diterajui pengasasnya, Meera Nordin, seramai empat stokis yang mencatat rekod jualan tertinggi telah dihadiahi kereta mewah Mercedes-Benz, setiap seorang, pada satu majlis eksklusif di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, baru ini.

Surirumah, Siti Azlina Md Halil; guru, Nazariah Mohd Shah; usahawan, Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman dan guru tadika, Masdiana Mohamadiah telah dinamakan sebagai pemenang bagi kempen “Menjadi Dengan Meeracle” bagi tempoh setahun, berakhir Januari lalu.

Ketua Eksekutif Pemasaran Meeracle, Fitrah Ahmad, berkata pemberian hadiah Mercedes-Benz itu adalah sebagai motivasi kepada semua stokis mereka untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam sasaran jualan masing-masing.

Ia, selari dengan harapan pihak pengurusan agar semua wakil jualan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama mencapai misi syarikat. Kempen 2019 juga sedang berlangsung dengan sekurang-kurangnya 30 wakil jualan Meeracle disasarkan bagi meraih hadiah kereta mewah itu.

“Ini bermakna Meeracle akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka, sejajar misi Meeracle untuk memperkasakan taraf hidup wanita bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa negara Asia lain,” menurut kenyataan medianya.

Dari kiri : Che Wan Norzirawati Che Wan Abd Rahman, Nazariah Mohd Shah, Siti Azlina Md Halil dan Masdiana Mohamadiah.

Jadi, apa yang mendorong kejayaan empat wanita ini?

Siti Azlina

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang suka berniaga, dari kecil menolong mak dan ayah di gerai nasi lemak. Sebagai surirumah yang berniaga kecil-kecilan, saya selalu mengimpikan pendapatan lumayan dan kukuh.

“Di era baru ini, kita kena berpandangan jauh dan saya jadi tertarik dengan Meeracle kerana keunikannya yang diperbuat daripada batu permata. Saya terus mendaftar sebagai ejen, bermula dengan modal serendah RM490, saya mengembangkan perniagaan sehingga merekodkan jualan dengan purata RM310,000 sebulan.”

Nazariah

“Saya bermula pada Ogos 2016, membuat dropship. Sebaik tamat Ijazah Sarjana dalam Pendidikan, saya tercari-cari satu platform untuk kepuasan diri kerana jiwa saya suka bisnes, sekaligus nak menaikkan tahap ekonomi keluarga.

“Dalam masa enam bulan bisnes berkembang, lalu saya membuka cawangan Meeracle sebagai pusat sebaran maklumat setempat. Pada Februari 2018, cawangan pertama beroperasi, di mana modal dan urusan pembukaan menggunakan 100 peratus keuntungan daripada bisnes Meeracle.

“Tingkat atas cawangan dijadikan Meeracle Academy, tempat ejen berkumpul untuk perkongsian ilmu dan kelas pemasaran. Serentak, tahap ekonomi berubah 100 peratus. Saya kini tidak lagi memerlukan gaji bulanan untuk menampung keperluan hidup, malah tidak terusik langsung.

“Dulu mahu buat simpanan pun susah, kini dah boleh simpan sehingga lima angka. Ejen di bawah saya pun hidup berubah, mula beli aset seperti kereta, tanah dan rumah hasil berniaga Meeracle selain menjalin ukhwah antara kami.”

Che Wan Norzirawati

“Ianya bermula semasa melayari internet, saya ternampak iklan dan testimoni menarik mengenai produk Meeracle. Dalam hati berkata, tidak salah kalau ingin mencuba dan dalam masa lima hari, saya kagum dengan hasilnya.

“Ini adalah misi peribadi saya, membina empayar bersama Meeracle dan meluaskannya dengan merekrut ejen dan stokis berkualiti. Meeracle adalah platfrom di mana anda boleh fokus dalam menjana pendapatan sampingan. Apa yang penting, bekerja keras dan berusaha.

“Meeracle unik dan luar biasa kerana menggunakan batu permata sebagai bahan asas. Ia juga dipercayai selamat digunakan oleh semua, lelaki atau wanita. Perniagaan dalam talian adalah suatu yang luar biasa. Jika anda ingin mengubah hidup anda, jangan tunggu. Bertindak sekarang.”

Masdiana

“Saya guru di Tadika Kemas, mengajar kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Saya seronok mengajar, namun pada masa sama saya sentiasa mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga kerana ayah sakit dan kos rawatannya tinggi. Ibu jadi risau menyebabkan saya memutuskan untuk mengubah hidup.

“Mulanya, saya ragu-ragu untuk membuat bisnes dalam talian kerana tiada pengalaman. Kebetulan saya menggunakan Meeracle, jadi atas cadangan kawan-kawan saya nekad mula berbisnes dengan Meeracle. Baru  beberapa bulan menjadi ejen, saya dinaikkan pangkat dari satu tahap ke satu tahap.

“Jadi, kepada mereka yang yang baru mula berniaga, buatlah bersungguh-sungguh. Buat sampai jadi dan jangan hanya separuh jalan atau putus asa. Jadikan ‘Big Why’ kita sebagai semangat untuk berjaya. Utamakan ibu bapa, bahagiakan mereka sementara masih hidup dan mereka pasti akan sentiasa mendoakan kita.”