Oleh Malaysia Good News

Produk dan jenama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpeluang mengembangkan jangkauan pemasaran, termasuk meneroka pasaran global menggunakan platform disediakan CARiNG Pharmacy menerusi program Let’s Go Retail in CARiNG.

Program yang diadakan dengan kerjasama Trisuccess Global Sdn Bhd, sebuah syarikat perundingan dan pengedaran perniagaan, membolehkan lebih banyak produk dan jenama PKS diperkenalkan di beberapa cawangan terpilih CARiNG.

Sebagai permulaan, menurut Pengarah Urusan CARiNG, Chong Yeow Siang, empat jenama tempatan akan mula dipasarkan secara runcit di cawangan CARiNG.

“Empat jenama tempatan yang dipilih bagi fasa pertama ini alah Serai Mas, Ana, Habada dan Mary Jardin le Fleur,” katanya, selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian di antara Caring dan Trisuccess Global.

Jelasnya, sebahagian besar produk yang didapati di CARiNG adalah membabtikan jenama antarabangsa.

Oleh itu, katanya dengan CARiNG sebagai platform dapat mewujudkan lebih banyak peluang untuk PKS menghasilkan produk bermutu tinggi, sekaligus meneroka pasaran lebih luas melalui persaingan dengan jenama antarabangsa.