Oleh Malaysia Good News | Gambar fb @PERKESO.Official

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

KIRA-kira 70 peratus pekerja berusia 40 tahun ke atas yang menjalani Program Saringan Kesihatan didapati menghidapi masalah obesiti, kata Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Pemeriksaan kesihatan yang diadakan secara percuma itu, menurutnya mendapati sekitar 67 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian itu juga mengalami kolestrol tinggi selain tekanan darah tinggi (27 peratus) dan diabetes (13 peratus).

“Perkara ini tidak bagus untuk produktiviti pekerja,” katanya, melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan itu.

Oleh itu, menurutnya, penganjuran program seperti Labour Day Run and Ride 2019  di Putrajaya, semalam, adalah antara inisiatif PERKESO bagi memberi kesedaran di kalangan pekerja mengenai pentingnya amalan hidup sihat.

Program bersempena sambutan Hari Buruh 2019 itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Ia disertai kira-kira 10,000 peserta, membabitkan kegiatan larian dan kayuhan basikal.

Labour Day Run and Ride 2019