Oleh Malaysia Good News

ADA emoji baru bakal ditambah pada papan kekunci telefon pintar anda, namun belum apa-apa kewajaran mengenainya sudah pun mulai diperdebatkan.

Dan apa pula kata orang Malaysia mengenai pengumuman yang dikongsi di Twitter Plan International United Kingdom (UK) menerusi akaun @PlanUK berhubung emoji berkenaan yang dijangka boleh diakses mulai Mac ini?

Buat PlanUK, ia lebih daripada hanya kejayaan kempen mereka yang sebelum ini meraih sokongan 55,000 orang untuk mendesak penambahan emoji datang bulan pada papan kekunci emoji global.

Badan kebajikan itu, memetik laporan di portal mirror.co.uk, berharap agar emoji berkenaan menerusi

#PeriodEmoji yang diwakili menerusi satu titisan darah, dapat membantu memadamkan stigma berhubung haid.

Lucy Russell yang mengetuai Hak Gadis dan Remaja di Plan International UK, berkata: “Penyertaan emoji yang boleh mengekspresikan apa yang dihadapi 800 juta wanita di seluruh dunia, setiap bulan adalah satu langkah besar dalam usaha menjadikan pengalaman haid sebagai satu perkara normal dan memadamkan stigma mengenainya.”

Jelasnya, mereka arif  di dalam hak-hak gadis dan menyedari bagaimana soal kedatangan haid memberi kesan negatif terhadap ramai gadis, di mana golongan ini berasa malu untuk bercakap mengenainya, selain ada perkara yang mereka terlepas pandang dan boleh menyebabkan implikasi kesihatan.

“Satu emoji tidak akan menyelesaikan masalah ini, tetapi ia boleh membantu mengubah perbincangan mengenainya,” katanya.

“Akhiri rasa malu mengenai pengalaman haid bermula dengan bercakap mengenainya.”

Seorang pengguna Twitter, Felicia Nichole @alwaysbyfelicia berkata, “Kepada siapa yang memikirkan kedatangan haid sebagai menjijikkan dan cuba membuat kami berasa malu… ia adalah semulajadi, menyakitkan dan ada ketikanya, hodoh. Tapi ia juga adalah indah. Ini adalah sebuah berita gembira!”

HannahGurney @HannahGurney, berkata “Sungguh teruja kerana selepas kempen oleh @PlanUK, kita akhirnya akan mendapat #periodemoji! Ia memberi mesej jelas bahawa kedatangan haid adalah satu perkara semulajadi dan normal dan tidak sepatutnya dianggap tabu!”

Human Right Campaign menyifatkan maklum balas terlampau terhadap pengumuman emoji  “datang bulan” itu adalah kerana ia satu kegembiraan untuk ramai wanita terutamanya untuk berdepan dengan rasa malu disebabkannya.

Jelasnya,“Kami berharap ia akan menggalakkan lebih banyak perbincangan diadakan mengenainya yang seharusnya menjadi satu topik normal.”     Malaysia, anda bagaimana?