Oleh Malaysia Good News | Gambar Twitter Team MAS Para

Standing in the eyes of the world!

Malaysia ukir nama lagi di persada dunia apabila atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi beroleh pengiktirafan di majlis Anugerah Paralimpik Asia sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 di Dubai, awal pagi tadi.

Dia menerima anugerah itu daripada Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majed Rashed dalam satu majlis gemilang yang diadakan di Dubai.

Mohamad Ridzuan, 32, adalah atlet pertama Malaysia beroleh pengiktirafan itu.

Dijoloki Mr Dash, beliau mencatat rekod cemerlang pada Sukan Asia di Jakarta, tahun lalu apabila memenangi tiga pingat emas, antaranya melalui acara T36 (cerebral palsy) 100 meter dengan catatan masa 11.87 saat, sekaligus membuat rekod dunia selepas mengatasi rekod 11.90 saat yang dibuat atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon.

Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, R Jeganathan, atlet kelahiran Perlis ini juga muncul pemegang rekod terbaharu Sukan Para Asia bagi acara lompat jauh dengan catatan masa 5.59 meter, memadam rekod yang dibuat atlet China, Yang Yi Fei pada temasya 2016.

Satu lagi pingat emas diraihnya menerusi acara 400 meter.