Oleh Malaysia Good News

Tun Dr Mahathir Mohamad mencuit hati dengan bluper kala menyebut frasa “Xin Nian Kuai Le” dalam bahasa Mandarin menerusi rakaman video ucapan Tahun Baru Cina yang dikongsi di laman Facebook Dr Mahathir bin Mohamad, hari ini.

Jelas, enggan menyerah, Perdana Menteri berusia 93 tahun itu akhirnya berjaya menyebutnya pada cubaan ketiga melalui rakaman yang berdurasi 2.20 saat itu.

Di dalam rakaman sama, beliau yang menggalakkan rakyat meneruskan tradisi kunjung mengunjungi rumah terbuka rakan dan taulan sempena sambutan Tahun Baru Cina, turut mengingatkan bagaimana “menjaga hubungan antara berlainan kaum, agama dan budaya bukanlah suatu perkara yang mudah” dan “tidak boleh dipandang ringan.”

Oleh itu, beliau berpesan agar kita tidak membiarkan diri terhasut dengan cubaan mengeruhkan keharmonian untuk tujuan tertentu.

“Marilah sama-sama kita berikrar untuk menjaga kestabilan, keharmonian serta keamanan dalam negara yang kita sayangi ini,” katanya.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada Malaysia Good News. Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Kuai Le.