• Dia, atau nama sebenarnya, Muhammad Luqman Haziq Hajiman merupakan pemain kompetitif e-sukan FIFA 19 daripada pasukan Gamesbond.
  • Berusia 22 tahun, Muhammad Luqman lebih dikenali dengan nama Fenrir di dalam gelanggang maya.
  • Kini masih menuntut dalam jurusan kewangan di Universiti Malaya.
  • Pemain bola sepak maya ini mula meningkat naik dalam arena e-sukan FIFA semenjak melayakkan diri ke FUT di Barcelona, tahun lalu.
  • Dia, antara tujuh pemain Malaysia yang beroleh pengiktirafan penerbit e-sukan FIFA iaitu EA Sports untuk layak bertanding dalam pusingan kelayakan ini, di mana pemain FIFA19 yang diiktiraf di seluruh Asia dan Australia bertanding setiap minggu untuk meraih slot ke Piala Kejohanan FUT.
  • Jika menang dalam Kejohanan FUT di Singapura, Mac depan, dia berpeluang maju ke Grand Final di Kejohanan FIFA eWorld Cup (FEWC) anjuran EA Sports yang mengumpulkan pemain terhebat dari seluruh dunia.
  • Pernah menang kejohanan FIFA 18 MESL dan meraih tempat kedua dalam kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games (MCG) 2018.
  • Juga satu-satunya rakyat Malaysia yang layak ke Liga Asia Playstation, Mei tahun lalu.
  • Sibuk dengan kuliah, dia biasa berlatih bermain FUT satu atau dua jam sehari kecuali hujung minggu, enam hingga lapan jam.
  • Mula bermain pada usia 15 tahun, di mana FIFA 13 merupakan FIFA pertama dimainkannya.
  • Bermula sebagai hobi, peminat Lionel Messi ini hanya serius bermain pada 2016.
  • Dalam bola sepak realiti, dia merupakan penyokong pasukan Manchester City FC.